BERNAMA.com - Pejabat Konsulat Jeneral Kukuh Hubungan Sabah-China
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA AM


Pejabat Konsulat Jeneral Kukuh Hubungan Sabah-China

Tarikh kemaskini: 09/02/2018
 
KOTA KINABALU, 9 Feb (Bernama) -- Penubuhan Pejabat Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu telah memberi sumbangan penting untuk mengukuhkan hubungan Sabah-China, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata penubuhannya juga menjadikan hubungan Sabah-China semakin erat dan meningkatkan pertukaran antara Sabah dan pelbagai tempat di China.

Menurut Musa, jumlah pelancong China yang melawat Sabah mencecah kira-kira 430,000 orang tahun lepas dan ketibaan pelancong China terus menjana faedah ekonomi yang besar kepada Sabah.

"Berdasarkan trend semasa, kami menjangka untuk mengalu-alukan lebih ramai pelancong dan pelabur dalam masa terdekat... Kami sentiasa terbuka untuk mendengar daripada anda (China) tentang bagaimana untuk memudahkan perdagangan, pelancongan, pelaburan dan sektor lain selaras dengan visi untuk membawa lebih kemakmuran kepada China dan Malaysia, khususnya Sabah," kata beliau.

Musa berkata semikian dalam ucapannya pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu malam ini.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu