BERNAMA.com - Sindiket Penyeludupan Migran Rentas Sempadan Tumpas, 13 Orang Ditahan
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA AM


Sindiket Penyeludupan Migran Rentas Sempadan Tumpas, 13 Orang Ditahan

Tarikh kemaskini: 09/02/2018
 
PUTRAJAYA, 9 Feb (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket penyeludupan migran rentas sempadan yang aktif di Melaka dengan menahan 13 orang dalam satu operasi bersepadu awal pagi tadi di sekitar Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata mereka yang ditahan ialah seorang lelaki warga Indonesia yang bertindak sebagai tekong darat di Indonesia, seorang lelaki penduduk tetap dan seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai 'transporter' (pengangkut) manakala yang lain adalah orang yang diseludup masuk.

"Turut disita ialah dua kenderaan persendirian jenis sedan dan MPV, dua teksi serta wang tunai dianggarkan berjumlah RM30,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafar berkata serbuan itu dilakukan hasil perkongsian maklumat perisikan antara agensi secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) berkaitan sindiket penyeludupan migran yang aktif di kawasan Mukim Padang Temu, Melaka.

Semalam, katanya JIM telah menggempur kawasan sama melibatkan tapak pembinaan yang hampir dengan persisiran pantai dan dikenal pasti sebagai 'port' transit pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk masuk dan keluar ke negara ini secara haram melalui jalan laut yang tidak diwartakan.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu