BERNAMA.com - Kekang Berita Palsu Bukan Sekat Kebebasan Bersuara - Liow
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA AM


Kekang Berita Palsu Bukan Sekat Kebebasan Bersuara - Liow

Tarikh kemaskini: 09/02/2018
 
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan tidak berniat mengawal atau menyekat kebebasan bersuara rakyat melalui penggubalan undang-undang terhadap berita palsu yang dicadangkan, namun kebebasan itu perlu disertai tanggungjawab, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, jika kebebasan bersuara itu digunakan dengan cara yang tidak bertanggungjawab termasuk menyebarkan berita palsu atau menyentuh sensitiviti kaum, ia boleh menghancurkan keharmonian dan kemakmuran negara.



"Pemimpin kita telah lama berjuang untuk memastikan keharmonian, perpaduan dan pembangunan negara kita diteruskan namun, kalau dibiarkan seseorang tidak bertanggungjawab memainkan isu sensitif dan menularkan perkara-perkara palsu, ia akan memburukkan keadaan," katanya.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan ditemui pemberita selepas menghadiri majlis konvokesyen Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di sini hari ini.

Beliau berkata jika undang-undang itu diluluskan kelak, beliau percaya rakyat masih boleh menyuarakan pandangan atau mengkritik kerajaan namun ia perlu dibuat berdasarkan asas dan fakta.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu