BERNAMA.com - SFC Rampas 561 Tiang Bakau Ditebang Secara Haram
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA AM


SFC Rampas 561 Tiang Bakau Ditebang Secara Haram

Tarikh kemaskini: 09/02/2018
 
KUCHING, 9 Feb (Bernama) -- Pegawai penguatkuasa Sarawak Forestry Corporation (SFC) dari Pejabat Wilayah Kuching hari ini menahan sebuah lori membawa tiang bakau yang ditebang secara haram di Jalan Stephen Yong, di sini hari ini.

SFC dalam satu kenyataan berkata pasukan itu sedang menjalankan rondaan apabila mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan yang kemudian membawa mereka ke sebuah stor di Jalan Stephen Yong, dan apabila diperiksa, mereka menemukan 105 tiang bakau.

"Pemeriksaan lanjut di kawasan itu kemudian nendapati ada 456 tiang bakau lagi di atas tanah, dipercayai ditebang dari hutan berhampiran Sungai Rayu. Pemandu lori tersebut gagal menunjukkan sebarang dokumen mengenai bakau tersebut," menurut kenyataan itu.

Laoran polis telah dibuat di balai polis Batu Kawa. Lori dan tiang bakau yang dirampas itu akan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan untuk siasatan lanjut dan pelupusan.

SFC seterusnya mengingatkan orang ramai terutama kontraktor supaya membeli bakau hanya dari sumber-sumber yang sah.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu