BERNAMA.com - UMNO,BN Konsisten Bantu Rakyat
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA AM


UMNO,BN Konsisten Bantu Rakyat

Tarikh kemaskini: 09/02/2018
 

MELAKA, 9 Feb (Bernama) -- UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod baik dan konsisten dalam menyalurkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama atau bangsa, kata Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata bantuan dan sumbangan berkenaan selaras dengan prinsip dan falsafah kewujudan UMNO iaitu berbakti dan membela kebajikan rakyat bagi memastikan rakyat di negara ini dapat menikmati insentif tersebut secara saksama.

"Sumbangan atau bantuan yang diberikan kepada rakyat bukan hanya ketika menghadapi pilihan raya tetapi kita (UMNO dan BN) adalah parti yang ikhlas membantu, berbakti dan bekerja secara konsisten.

"Kerja-kerja kebajikan yang kita lakukan ini juga selaras dengan arahan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak agar kita terus membawa imej parti ini yang bekerja setiap masa untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di sini, hari ini.

Pada program berkenaan sebanyak 1,500 penduduk di kawasan Parlimen Bukit Katil menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian. Turut hadir bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil Tan Sri Mohd Ali Rustam.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu