D' Naly Herbs Garden Tamparuli, taman herba untuk wanita [ 9m ago ]

Berita AM


Inti pati perbicaraan 1MDB Najib 7-10 Okt

Tarikh kemaskini: 12/10/2019
KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah digambarkan sebagai ‘Consigliere’ atau penasihat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam urusan Terengganu Investment Authority (TIA) yang kemudiannya dinamakan semula sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TIA dan 1MDB Datuk Shahrol Azral Halmi, 49 yang merupakan saksi pendakwaan kesembilan and seorang daripada saksi utama didedahkan dalam perbicaraan IMDB melibatkan Najib minggu ini.

Bekas perdana menteri berusia 66 tahun itu kini berhadapan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu dituduh melakukan empat kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb, 2011 dan 19 Dis, 2014, dan 21 lagi pertuduhan antara 22 Mac, 2013 dan 30 Ogos, 2013, di tempat yang sama.

Berikut adalah inti pati testimoni saksi di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah:

HARI 17 (7 Okt)

  • Shahrol Azral berkata, beliau mulai menaruh curiga terhadap Jho Low selepas pihak berkuasa mula menyiasat kes 1MDB pada tahun 2015 dan ketika beliau mula ditunjukkan tentang aliran wang semasa penyataannya direkodkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis.

  • Saksi itu juga mengambarkan Jho Low sebagai seorang yang agak lambat namun boleh bercakap dengan baik dan faham serta dapat melakukan sesuatu dengan cepat.

  • "Beliau (Jho Low) mengutarakan sesuatu perkara dengan baik dan kualiti perbincangan adalah tepat kerana dia dapat memahami dengan cepat," katanya ketika ditanya Muhammad Shafee mengenai perwatakan Jho Low.

  • Mahkamah Tinggi juga diberitahu bahawa idea TIA yang dirubah menjadi 1MDB dicetuskan di Abu Dhabi.

  • Shahrol Azral berkata Jho Low telah membawa Yang Di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke Abu Dhabi, menyaksikan bisnes Mubadala Development Company (Mubadala), dana kekayaan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

  • Shahrol Azral Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi yang beliau menerima arahan Jho Low untuk memadamkan perbualan antara mereka untuk melindungi "Bos" dan Jho Low meminta beliau memadamkan semua perbualan secara elektronik dan fizikal akibat serangan politik untuk melindungi "Bos" yang dirujuknya sebagai Perdana Menteri ketika itu.

  • "Jho Low terus mengingatkan saya yang kita tidak tahu siapa yang boleh kita percayai, kita perlu memastikan ia selamat untuk melindungi bos iaitu Perdana Menteri, " katanya.

  • Saksi itu berkata dia tidak berasa curiga terhadap keperluan Jho Low untuk memusnahkan semua bukti, kerana Jho Low asyik bercakap mengenai "melindungi bos".

  • Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa ada orang dalam UMNO yang mempunyai "perasaan dengki" terhadap pengaruh dan akses Jho Low kepada Najib.

  • Sharol Azral juga berkata Jho Low mahu penglibatannya dalam 1MDB tidak menonjol supaya tidak menggugat kedudukan Najib dalam UMNO.

  • Katanya, Jho Low memberitahunya bahawa penglibatannya dari tahun 2009 hingga 2011 perlu tidak menonjol kerana banyak orang dalam Umno cemburu terhadap akses Jho Low kepada Najib.
HARI 18 (8 Okt):

  • Shahrol Azral berkata Jho Low, tidak pernah dibayar bagi khidmatnya sebagai penasihat TIA dan membawa masuk kronoinya ke TIA.

HARI 19 (9 Okt) :

  • Shahrol Azral berkata, Jho Low merupakan satu-satunya penghubung antara beliau (saksi) di 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Najib, walaupun Jho Low tidak mempunyai jawatan rasmi dalam 1MDB dan juga bukan penasihat khas syarikat.

  • Katanya 1MDB, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan rakyat Malaysia mengalami kerugian daripada bon RM5 bilion Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang diterbitkan TIA bagaimanapun memberi manfaat kepada syarikat asing, Aktis Capital, yang mempunyai kaitan dengan Jho Low.

  • “Siapa lagi yang rugi Rakyat Malaysia Rakyat Malaysia ditipu dua kali kerana bon berkenaan dijual pada diskaun dan kemudiannya dijual pada nilai yang lebih tinggi kepada institusi Malaysia seperti KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), Perkeso, syarikat insurans termasuk AmBank” soal Muhammad Shafee.

  • Shahrol Azran: Ya.

  • Mahkamah Tinggi juga diberitahu Kabinet dalam mesyuaratnya telah membangkitkan kebimbangan mengenai aduan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Mizan Zainal Abidin berhubung terbitan bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM5 bilion oleh TIA.

  • Perkara ini didedahkan Muhammad Shafee yang merujuk kepada minit jemaah menteri pada Jun 2009 kepada Shahrol Azral dan beliau membacakannya dengan kuat petikan daripada Sultan yang menzahirkan kebimbangan kepada mahkamah. Mesyuarat itu dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana Najib berada di Korea untuk lawatan rasmi.

HARI 20 (Okt 10):

  • Shahrol Azral memberitahu mahkamah yang Jho Low bertindak sebagai ‘consigliere’ atau penasihat kepada Najib. Beliau mengambarkan Jho Low sebagai ‘consigliere’, perkataan Itali yang maknanya dalam kamus Merriam-Webster sebagai “seseorang yang menjadi penasihat atau kaunselor kepada ketua organisasi jenayah”.

  • Semasa disoal Muhammad Shafee sama ada Jho Low mewakili Sultan Mizan Zainal Abidin atau Najib dalam hal ehwal TIA, Shahrol Azral, berkata Jho Low mewakili Najib pada masa itu.

  • Muhammad Shafee: Sebagai apa yang Shahrol Azral jawab: Sebagaimana dalam perkataan Itali Consigliere. Dia (Jho Low) adalah orang yang memastikan segalanya berjalan lancar untuk Najib.

  • Saksi itu berkata Jho Low telah mencadangkan empat tokoh terkenal di peringkat antarabangsa termasuk Pengerusi dan Ketua Eksekutif LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton SE, Bernard Arnault telah dicadangkan Jho Low untuk menganggotai Lembaga Penasihat (BOA) 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

  • Shahrol Azral berkata tokoh lain dinamakan Jho Low ialah Hamad bin Jassim bin Jaber Al Thani (Perdana Menteri Qatar ketika itu), Pengerusi CITIC Group of China Chang Zhenming, dan CEO Mubadala Khaldoon Al Mubarak.

  • Muhammad Shafee: Semua nama ini dicadangkan oleh Jho Low

    Shahrol Azral: Ya

-- BERNAMA





        Berita Berkaitan

       Berita Utama Terdahulu