Guna kamera badan pastikan anggota laksana tugas dengan telus - KPN [ 5h ago ]

Senarai Berita AM

Perubahan ekosistem, persekitaran perairan mungkin punca ikan mati - Exco Johor

JOHOR BAHRU, 8 Sept -- Perubahan ekosistem dan keadaan persekitaran kawasan perairan berkemungkinan menjadi punca kematian ikan-ikan di Pantai Lido dan tali air berdekatan Hospital Sultanah Aminah, di sini, baru-baru ini.

Sabah perlu pasang mesin pengimbas kesihatan di pintu masuk antarabangsa

SEMPORNA, 8 Sept -- Sudah sampai masanya Sabah perlu memasang mesin pengimbas kesihatan di semua pintu masuk antarabangsa di negeri ini, sebagai langkah menangani penyebaran virus luar menerusi pelancong, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong.

BIMB Holdings Berhad-Bernama Media Community Drive 2019 catat penyertaan tertinggi

PORT DICKSON, 8 Sept -- BIMB Holdings Berhad-Bernama Media Community Drive 2019 telah menarik lebih 160 peserta dalam kalangan warga media sekaligus merekodkan penyertaan tertinggi dalam sejarah penganjurannya sejak 2011.

Bas dua tingkat terbakar di R&R Sungai Perak arah utara

KUALA KANGSAR, 8 Sept -- Sebuah bas ekspres dua tingkat terbakar di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak arah utara, di sini, tengah hari tadi.

Gangguan rangkaian sistem KLIA belum ada petunjuk kukuh - KPN

KUALA LUMPUR, 8 Sept -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum mempunyai petunjuk kukuh bagi mengaitkan insiden gangguan rangkaian sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan perbuatan sabotaj.

Menggeletar dan berpeluh terima kunjungan Agong

CAMERON HIGHLANDS, 8 Sept -- "Saya berasa menggeletar dan berpeluh tangan apabila Tuanku (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) datang ke rumah," kata Ramlah Junus, penduduk Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di sini.

Lim cabar belia Malaysia agar memerangi berita palsu

KUALA LUMPUR, 8 Sept -- Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mencabar belia Malaysia agar menerajui kempen secara besar-besaran di peringkat kebangsaan bagi membersihkan sosial media Malaysia dengan memerangi berita palsu dan ucapan berunsur kebencian yang cuba menghasut bagi menimbulkan keraguan, kebimbangan dan kebencian antara kaum dan agama.