Clouds seeded only if dam water drops below 40 per cent [ 14m ago ]

Senarai Berita AM

Malaysia akan hantar lebih ramai pelajar ke Korea Selatan - Dr Mahathir

Malaysia berminat untuk terus menghantar pelajar ke Korea Selatan terutama dalam bidang-bidang kejuruteraan, teknologi maklumat (IT) dan teknologi-teknologi baru supaya Malaysia dapat mencontohi kemajuan yang dicapai oleh negara itu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kurnia Insurans sumbang 1,500 topi keledar untuk sekolah rendah

Dalam usaha memberi kesedaran tentang penggunaan topi keledar sejak dari bangku sekolah Kurnia Insurans akan mengedarkan 1,500 unit topi keledar secara percuma kepada 30 buah sekolah rendah di Kelantan, Johor dan Kuala Lumpur.

Akta wakaf sedang dirangka - Mujahid

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang merangka akta wakaf bagi mengawal selia aktiviti wakaf di peringkat pusat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. 

Pemilik butik kerugian kereta dicuri, dilerai 'teman baru'

Perkenalan seorang pemilik butik kecantikan dengan seorang lelaki yang dikenalinya melalui media sosial berakhir dengan kerugian apabila keretanya dicuri dan komponennya dileraikan teman baharunya itu.

Mayat kanak-kanak lelaki lemas ditemui

Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang besar di Kampung Peringatan, Petagas, tengah hari semalam, ditemui petang tadi.

Lewat bayar caruman 200 pekerja, majikan kilang mesin cetak didakwa

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan mendakwa  majikan sebuah kilang pembuatan komponen mesin cetak di Melaka berikutan lewat membayar caruman kira-kira 200 pekerjanya walaupun gaji mereka dipotong.

Kerajaan tidak akan tutup Malaysia Airlines -- Guan Eng

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menutup Malaysia Airlines Bhd (MAB).