Mohammad Hashim, Azizan terima anugerah khas Hadhari Global Award [ 4h ago ]

Usahasama antara 1MDB-Aabar untuk biayai dana PRU13 - Saksi

KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa  usahasama (joint venture) antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Aabar Investment PJS Ltd (Aabar) adalah untuk pembiayaan dana bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Jho Low diberi mandat bawa arahan Najib berhubung 1MDB - bekas CEO 1MDB

KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendedahkan di Mahkamah Tinggi hari ini bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low diberi mandat untuk membawa arahan-arahan dari Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pengurusan 1MDB.

Lebihan bayaran deposit sekuriti US$790,354,855 masuk ke akaun Najib

KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa lebihan bayaran deposit sekuriti berjumlah US$790,354,855.00 kepada Aabar Investment PJS Ltd (Aabar) yang dibayar oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke akaun milik Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan penyelewengan.

Bon Genting Sanyen dijual dengan cara 'tawaran persendirian'- bekas CEO 1MDB

KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad  (1MDB) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa bon Genting Sanyen  (M) Sdn Bhd dijual kepada pelabur dengan kaedah 'tawaran persendirian' kerana bon itu tidak disenaraikan di mana-mana pasaran bon.

Projek Genting Sanyen dilaksana selepas diluluskan oleh Najib - bekas CEO 1MDB

KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Proses pemerolehan IPP Genting Sanyen (M) Sdn Bhd melalui 100 peratus  ekuiti Mastika Lagenda Sdn Bhd yang dinamakan projek Greyhound dilaksanakan selepas mendapat kelulusan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan  yang mewakili Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc), pada 2012.

Saksi anggap bayaran AS$576,943,490 kepada Aabar dipersetujui Najib

KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak pernah mempersoalkan siapa yang menentukan jumlah pembayaran deposit sekuriti sebanyak US$576,943,490 kepada Aabar Investment PJS Limited kerana menganggap ia telah dipersetujui Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jho Low atur bayaran deposit keselamatan untuk tujuan seleweng- bekas CEO 1MDB

KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low telah mengatur pembayaran deposit keselamatan berjumlah US$576, 943, 490 kepada Aabar Investments PJS (Aabar) bagi pengambilalihan Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (TEHSB) bertujuan untuk diselewengkan.