Perjanjian perdagangan Amerika Utara sahaja tak mampu pacu pertumbuhan ekonomi Mexico - badan pemikir [ 5m ago ]

Perbicaraan kes ketiga dihadapi Najib bermula Isnin ini

KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Perbicaraan membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, yang menghadapi pertuduhan meminda laporan akhir pengauditan 1MDB, akan bermula Isnin ini seperti dijadualkan.

Perbicaraan kes 1MDB ditangguhkan kerana peguam, saksi tidak sihat

KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menangguhkan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak kerana peguam utama yang mewakili bekas perdana menteri itu dan saksi kesembilan pihak pendakwaan tidak sihat.

Skandal 1MDB: pendengaran lucut wang RM1 juta Parti Bersatu Rakyat Sabah 28 Nov

KUALA LUMPUR, 12 Nov -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 28 Nov untuk mendengar  permohonan pendakwaan untuk melucut hak ke atas wang RM1 juta daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Nik Faisal diambil bekerja dengan 1MDB daripada syarikat Jho Low - Saksi

KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Nik Faisal Ariff Kamil diambil bekerja dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2011 daripada UBG (Utama Banking Group), syarikat milik ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho.

Pengurusan kes prosiding komital terhadap Lokman Adam pada 22 Nov

KUALA LUMPUR, 8 Nov  -- Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 22 Nov untuk pengurusan kes prosiding komital dikemukakan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas terhadap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam kerana didakwa menggugut seorang saksi dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jho Low seleweng US$1.83 bilion dana 1MDB - bekas CEO

KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, menyeleweng kesemua US$1.83 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam tempoh tiga tahun, bermula 2009 hingga 2011.

Tambahan RM1 bilion diluluskan Najib, tidak disarankan BOD - saksi

KUALA LUMPUR, 7 Nov  -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu tambahan RM1 bilion yang dilaburkan dalam  perjanjian usaha sama 1Malaysia Development Berhad (1MDB)-PetroSaudi diluluskan Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 2011.

Hanya lihat surat Putera Turki kepada Najib tahun lepas, kata bekas CEO 1MDB

KUALA LUMPUR, 6 Nov  -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mengetahui mengenai surat yang dihantar oleh Putera Turki Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International Ltd (PSI).

US$83 juta dana 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi CEO PSI - Saksi

KUALA LUMPUR, 6 Nov  -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  PetroSaudi International Ltd (PSI) Tarek Obaid telah mengarahkan supaya US$83 juta dipindahkan ke akaun peribadinya selepas PSI menerima US$500 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada September 2010.