Perjanjian perdagangan Amerika Utara sahaja tak mampu pacu pertumbuhan ekonomi Mexico - badan pemikir [ 7m ago ]

Kerajaan laksana semak dan imbang mencukupi elak kes 1MDB berlaku lagi - Kadir

KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Kerajaan sedang melaksanakan semak dan imbang yang mencukupi serta pembaharuan bagi memastikan kes seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak akan berlaku lagi, kata Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri Datuk A. Kadir Jasin.

Mahkamah tolak penangguhan, bicara pinda audit 1MDB Najib-Arul Kanda bermula

KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Perbicaraan bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy di atas pertuduhan bersubahat dalam membuat pindaan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, bermula hari ini selepas Mahkamah Tinggi menolak  permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk menangguhkan perbicaraan itu.

Perbicaraan ketiga Najib dijangka bermula esok

KUALA LUMPUR, 17 Nov -- Perbicaraan ketiga pertuduhan jenayah yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini dijangka bermula esok.

Arul Kanda bantah permohonan Najib tangguh perbicaraan

KUALA LUMPUR, 15 Nov  -- Bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy yang didakwa bersubahat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membuat pindaan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, membantah permohonan bekas perdana menteri itu untuk menangguhkan perbicaraan yang dijadual bermula Isnin ini.

Skandal 1MDB : Permohonan Najib dan keluarga periksa barang disita didengar 31 Jan 2020

KUALA LUMPUR, 15 Nov  -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 31 Jan tahun depan bagi mendengar permohonan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta anak perempuan mereka untuk membuat pemeriksaan fizikal terhadap barangan yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wang RM1,980,328.37 daripada Yayasan Tun Hussein Onn kini hak kerajaan

KUALA LUMPUR, 15 Nov  -- Wang berjumlah RM1,980,328.37 yang dibekukan daripada akaun Yayasan Tun Hussein Onn, yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini menjadi harta Kerajaan Malaysia.

1MDB: permohonan lucut wang RM700,000 UMNO Pekan didengar 28 Feb 2020

KUALA LUMPUR, 15 Nov  -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 28 Feb tahun depan untuk mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucut hak wang RM700,000 atas nama UMNO Bahagian Pekan yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib fail notis usul tangguh perbicaraan kes pinda laporan audit

KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan notis usul untuk menangguhkan perbicaraan kes meminda laporan akhir pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang dijadualkan bermula Isnin ini.

Skandal 1MDB: 13 Dis keputusan lucut wang badan perhubungan UMNO Kedah

KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 13 Dis untuk keputusan permohonan pihak pendakwaan bagi melucut hak ke atas wang berjumlah RM1,054,019.22 yang disita daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.