Perjanjian perdagangan Amerika Utara sahaja tak mampu pacu pertumbuhan ekonomi Mexico - badan pemikir [ 8m ago ]

Draf laporan audit 1MDB, diserah kepada Najib dan lima individu

KUALA LUMPUR, 20 Nov -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa draf Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diserahkan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan lima individu lain, dua hari sebelum Mesyuarat Penyelarasan Laporan Pengauditan 1MDB diadakan.

Rakaman audio mesyuarat 1MDB diperdengar kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR, 20 Nov --  Rakaman audio mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan meminda laporan akhir pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipengerusikan  bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, diperdengarkan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Ali Hamsa: Najib tidak puas hati dengan laporan audit 1MDB

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berpuas hati dengan kandungan Laporan Audit  1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diperlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara  (PAC) pada 24 Feb  2016,  Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, terdapat empat isu yang dipersetujui untuk dikeluarkan daripada Laporan Audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), satu daripadanya adalah dua versi bercanggah dalam laporan kewangan tahun 2014 syarikat itu.

Muhyiddin dipecat kerana persoal 1MDB - Ali Hamsa

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri selepas beliau membangkitkan terlalu banyak soalan berkaitan dengan dana kekayaan berdaulat, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pada tahun  2015.

Najib tidak puas hati dengan kandungan laporan audit 1MDB - Ali Hamsa

KUALA LUMPUR, 19 Nov  – Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berpuas hati dengan kandungan Laporan Audit  1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diperlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara  (PAC) pada 24 Feb  2016,  Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Najib didakwa arah padam nama Jho Low dalam laporan akhir audit 1MDB

KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Datuk Seri Najib Tun Razak selaku perdana menteri dan menteri kewangan didakwa telah mengarahkan perenggan berhubung Penyata Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berbeza dipadamkan dalam Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu.

Pendakwaan akan buktikan Najib guna jawatan pinda laporan audit 1MDB

KUALA LUMPUR, Nov 18 -- Pendakwaan bagi perbicaraan kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bermula hari ini akan membuktikan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mengarah maklumat penting dikeluarkan daripada laporan akhir audit 1MDB.

1MDB mempunyai modal terbitan RM1 bilion - Pendaftar SSM

KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 27 Feb 2009, mempunyai modal terbitan sebanyak RM1 bilion.