SOJC: Malaysia kalahkan Jepun, akan betemu lagi untuk tempat ketiga, keempat [ 4h ago ]

Pinda Laporan 1MDB: Pendakwaan serah penyataan saksi kepada pembelaan

KUALA LUMPUR, 16 Okt -- Pihak pendakwaan hari ini  menyerahkan lapan penyataan saksi kepada pasukan peguam dalam kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

1MDB: Hakim tegur Najib tidak lagi mohon untuk tangguh perbicaraan

KUALA LUMPUR, 15 Okt  -- Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur oleh Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah hari ini kerana tidak hadir pada perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada sebelah tengah hari, yang menyebabkan hakim berkata harap "ini kali terakhir keadaan ini berlaku".

Bekas CEO 1MDB nafi terlalu percayakan Jho Low

KUALA LUMPUR, 14 Okt  -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MBD) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hari ini menafikan beliau terlalu mempercayai ahli perniagaan yang kini dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

SPRM akan laksanakan fasa ketiga kutipan dana 1MDB

KAJANG, 12 Okt -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melaksanakan fasa ketiga kutipan semula dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada penerima-penerimanya, kata Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Koya.

Inti pati perbicaraan 1MDB Najib 7-10 Okt

KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah digambarkan sebagai ‘Consigliere’ atau penasihat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak  dalam urusan Terengganu Investment Authority (TIA) yang kemudiannya dinamakan semula sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jho Low boleh atur pertemuan dengan tokoh terkemuka dunia - saksi

KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low boleh mengatur pertemuan dengan beberapa tokoh terkemuka dunia, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Jho Low bertindak sebagai 'consigliere' Najib - saksi

KUALA LUMPUR, 10 Okt  -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bertindak sebagai ‘consigliere’ atau penasihat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.