PATI lari dari Depot Tahanan Imigresen Miri ditahan semula [ 4m ago ]

Najib minta saya ikut arahan Jho Low bawa pulang dana 1MDB - Bekas CEO

KUALA LUMPUR, 24 Sept -- Bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau diminta mengikuti arahan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low berhubung soal membawa balik dana 1MDB yang dilabur di PetroSaudi International Ltd, sebuah syarikat perkhidmatan dan pengeluaran minyak.

Najib ada kuasa mutlak dalam hal ehwal kewangan 1MDB dan TIA - saksi

KUALA LUMPUR, 24 Sept  -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak dalam membuat keputusan melibatkan hal ehwal kewangan 1MDB dan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA).

Jho Low arah guna e-mel peribadi dalam urusan 1MDB, TIA - Bekas CEO 1MDB

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) --  Seorang saksi utama mendedahkan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low mengarahkan supaya  e-mel  persendirian dan Blackberry Messenger (BBM) digunakan dalam urusan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jho Low perancang bagi Najib untuk semua rancangan 1MDB - Bekas CEO 1MDB

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) --  Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low merupakan perancang (orchestrator) bagi pihak Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan semua rancangan mereka di 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sultan Mizan murka dengan isu bon pinjaman - Bekas CEO 1MDB

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin yang merupakan Yang di-Pertuan Agong ketika itu murka dengan isu pinjaman bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang dipohon Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) berjumlah RM5 billion.

Pejabat PM terpaksa 'pertahan' najib kerana banyak serangan isu 1MDB - Saksi

KUALA LUMPUR, 23 Sept -- Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendedahkan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa banyak serangan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada penghujung 2014 sehinggakan Pejabat Perdana Menteri terpaksa mempertahankan Najib kerana percaya ia konspirasi kepada bekas perdana menteri itu.

Bekas pegawai khas Najib nafi berkomplot dengan Jho Low dalam urusan 1MDB

KUALA LUMPUR, 19 Sept -- Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dirinya berkomplot dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low berkaitan urusan perniagaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).