Peruntukan RM86,000 disalur kepada balai bomba dan penyelamat, persatuan bomba sukarela [ 7m ago ]

Projek Pulau Bidong tukar kepada projek Aria - Bekas CEO 1MDB

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Projek Aria iaitu cadangan projek usahasama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International Ltd. (PSI) adalah bagi menggantikan projek pembangunan Pulau Bidong, Terengganu yang  tidak dapat diteruskan, Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu.

Elaun RM120,000 sebagai pengerusi BOA 1MDB ditetapkan Najib - Saksi

KUALA LUMPUR, 25 Sept -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa jumlah elaun RM120,000 setahun yang diperoleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat (BOA) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditetapkan sendiri oleh bekas perdana menteri itu.

Nilai pelaburan usahasama PSI dengan 1MDB US$2.5 bilion - Bekas CEO 1MDB

KUALA LUMPUR, 25 Sept --  Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa PetroSaudi International Ltd (PSI)  membina kerjasama pelaburan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan nilai US$2.5 bilion di mana 1MDB akan menyuntik modal sebanyak US$1 bilion secara tunai.

Usahasama 1MDB-PSI tercetus atas yacht masa Najib bercuti di South France - Saksi

KUALA LUMPUR,  25 Sept --  Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa projek usahasama di antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan PetroSaudi International Ltd (PSI) dicetus dan dibincangkan semasa Datuk Seri Najib Tun Razak bercuti di South France di atas sebuah kapal layar bersama Putera Turki bin Abdullah pada Ogos 2009.

Jho Low cadang amaun bayaran ahli lembaga pengarah 1MDB, Najib setuju - Saksi

KUALA LUMPUR, 25 Sept -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa  Ahli   Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerima elaun dan bayaran antara RM230,000.00 dan RM179,000.00 secara tahunan dan amaun itu adalah cadangan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, yang dikenali sebagai Jho Low yang dipersetujui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ambil alih TIA kepada 1MDB untuk sembunyi seleweng RM5 bilion - Saksi

KUALA LUMPUR, 25 Sept --  Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu pengambilalihan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  adalah untuk menyembunyikan penyelewengan Datuk Seri Najib Tun Razak  ke atas bon pinjaman Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) berjumlah RM5 bilion yang dimohon TIA.

Najib lindungi diri daripada tuduhan seleweng 1MDB - Saksi

KUALA LUMPUR, 25 Sept -- Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mendedahkan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak sengaja mengeluarkan minit mesyuarat oleh pemegang saham bagi melindungi dirinya  daripada tuduhan penyelewengan 1MDB.