Isu kemahiran jadi kebimbangan utama kearah transformasi digital - IDC [ 2m ago ]

Inti pati perbicaraan 1MDB Najib 7-10 Okt

KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah digambarkan sebagai ‘Consigliere’ atau penasihat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak  dalam urusan Terengganu Investment Authority (TIA) yang kemudiannya dinamakan semula sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jho Low boleh atur pertemuan dengan tokoh terkemuka dunia - saksi

KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low boleh mengatur pertemuan dengan beberapa tokoh terkemuka dunia, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Jho Low bertindak sebagai 'consigliere' Najib - saksi

KUALA LUMPUR, 10 Okt  -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bertindak sebagai ‘consigliere’ atau penasihat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib tidak begitu suka nama "MIB" singkatan Malaysian Investment Berhad - saksi

KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak begitu suka nama "MIB", singkatan bagi Malaysian Investment Berhad yang menyebabkan nama itu kemudian ditukar kepada 1MDB (1Malaysia Development Berhad ) pada Ogos 2009.

Mahkamah: Najib setuju TIA diambil alih kerajaan Persekutuan

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju supaya Terengganu Investment Authority Berhad  (TIA), yang kemudian dinamakan semula sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), diambil alih oleh kerajaan Persekutuan.

Ada rancangan bina hotel mewah di Pulau Bidong - saksi

KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi menegaskan ada rancangan untuk membina sebuah hotel mewah di Pulau Bidong dalam cadangan projek 1MDB walaupun beliau tidak pernah menjejak kaki ke pulau kecil di luar pantai Terengganu itu.

Mesyuarat kabinet bangkitkan kebimbangan aduan Sultan Mizan berhubung bon RM5 bilion

KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Kabinet dalam mesyuaratnya telah membangkitkan kebimbangan mengenai aduan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Mizan Zainal Abidin berhubung terbitan bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM5 bilion oleh Terengganu Investment Authority Berhad (TIA), Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.