Kembali ke BERNAMA.COM  I  facebook  I  twitter  I  English Version  
     
 

BERNAMA menyediakan berita-berita terkini tepat masa bagi suratkhabar, stesen-stesen penyiaran, perkhidmatan wayar global dan Internet. Bernama juga menyediakan perkhidmatan langganan sebutharga saham tepat masa dan pangkalan data perniagaan yang boleh diakses melalui komputer peribadi.

Menyediakan akses terus kepada perkhidmatan berita dan maklumat yang memperkasakan syarikat dan organisasi:

Berita-berita terkini tepat masa, pangkalan maklumat tentang Malaysia dan sebutharga pasaran saham tepat masa berserta jual beli saham secara online.

BERNAMA menyediakan pelbagai produk berita dan maklumat kewangan kepada media, perniagaan dan kerajaan.

Ini termasuklah berita-berita tepat masa, gambar-gambar berita, sebutharga pasaran saham secara langsung, data pelaburan dan pangkalan data online mengenai laporan-laporan industri dan statistik. Unit Audio-Visual menerbitkan video-video berita, dokumentari dan video-video korporat.

Para pelanggan mempunyai akses kepada perkhidmatan-perkhidmatan BERNAMA melalui internet, melalui talian data khusus dan VBI, iaitu satu rangkaian televisyen tanpa wayar. Sebutharga pasaran saham muncul secara langsung pada skrin anda. Begitu juga dengan berita-berita politik, perniagaan, sukan dan cerita-cerita berbentuk kemanusiaan yang berlaku sepanjang hari.

Lebih daripada 300 wartawan, editor, jurugambar dan jurukamera video BERNAMA melapor dari biro-biro BERNAMA di 13 negeri di Malaysia, dari ibupejabat di Kuala Lumpur dan juga pejabat-pejabat luar di Singapura, Jakarta dan Bangkok. Kehadiran di serata dunia membolehkan BERNAMA membuat liputan berita-berita yang mempunyai kepentingan tempatan dan juga global.

Rangkaian pejabat jualan di seluruh negara memudahkan pelanggan mendapatkan akses terus kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, di samping khidmat jagaan peribadi.

 
     
  Produk Berita dan Maklumat BERNAMA Termasuk:  
     
 
   

BERNAMA.COM
Terdapat dalam 5 bahasa - Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Arab dan Sepanyol

Produk dan Perkhidmatan
Ruang pengiklanan dalam talian I Laman web promosi I Wawancara eksklusif dan laporan khas I Liputan berita harian I Berita Ringkas@7 I Berita SMS I Berita menerusi Facebook dan Twitter I Pembangunan laman, perkhidmatan pengehosan dan penyelenggaraan web I Berita dan pembangunan kandungan web I Perkhidmatan penterjemahan I Malaysia eBiz I Special Coverage I Newsbrief@7 I BERNAMA WebTv

 

NEWSLINK5
Berita semasa terus ke komputer anda I Kemudahan pemilihan berita I Terdapat dalam pelbagai bahasa: Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Bahasa Arab I  Penghantaran semasa 24/7 I Berita lengkap dan terkini I Platform penyampaian menyeluruh untuk pengguna global

Bernama Mobile Newsroom
Kemudahan pemilihan berita I Penghantaran semasa 24/7 I Berita lengkap dan terkini  I 100-300 berita setiap hari I Boleh diakses melalui perayauan antarabangsa

 

BLIS
Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. Portal ini mengandungi senarai akronim, pencapaian rekod sukan negara, ucapan-ucapan para pemimpin, trend pasaran dan industri untuk laporan berita serta dasar-dasar kerajaan yang dapat memudahkan penyelidikan anda. Pelbagai maklumat di hujung jari anda

Pangkalan Data BLIS merangkumi :

Berita BERNAMA I Berita luar negara I Arkib berita I Data ekonomi I Profil Personaliti I Ucapan I Laporan industri I Data I Fakta dan angka I Direktori I Kalendar peristiwa

www.bernama.com
 
newslink5.bernama.com
 
blis.bernama.com
   

Perhubungan Media dan Pengurusan Acara (MREM) BERNAMA
Perkhidmatan penyebaran siaran akhbar secara online

Perhubungan Media dan Pengurusan Acara (MREM) BERNAMA adalah sebuah perkhidmatan pengedaran siaran akhbar profesional. Ia adalah satu cara yang pantas dan efisien untuk sampai kepada audiens yang dikehendaki.

Produk dan Perkhidmatan
Pengedaran Siaran Akhbar (Domestik dan Antarabangsa (AsiaNet) ) I Publisiti dan Promosi (Pra, Semasa dan Selepas) I Perhubungan Media I Pengurusan Acara I Terjemahan

 

BERNAMA IMAGES
Foto kami telah digunakan untuk mengiringi berita, bahan sokongan editorial, produk publisiti atau sebagai instrumen untuk mewujudkan emosi dalam buku, majalah, risalah dan pameran; daripada peristiwa bersejarah, acara sukan berprestij, potret, foto iringan rencana dan rakaman landskap yang indah.

Produk dan Perkhidmatan
Pangkalan imej digital I Liputan fotografi media I Liputan fotografi eksklusif I Penerbitan buku meja kopi / buku bergambar I Cenderamata korporat I Reka bentuk grafik I  Pemulihan foto I Pameran

 

BERNAMA Radio
BERNAMA Radio adalah stesen radio 24 jam yang mengudarakan berita sepanjang masa dari segala pelosok negara dan dunia dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

- Berita terkini setiap 30 minit
- Berita tergempar dilaporkan secara
   langsung
- Penyiaran radio secara langsung ke seluruh
   dunia.
-  Program radio terdiri daripada program
   cakap-semula, dokumentari,
   perbincangan, ruangan nasihat,
   pertandingan dan sebagainya.
- Pautan terus ke Bursa Malaysia untuk
   laporan pasaran semasa dan analisis
- Kerjasama dengan pihak berkuasa untuk
  laporan trafik terkini.

mrem.bernama.com
 
images.bernama.com
 
www.bernamaradio.com.my

 

   

BERNAMA NEWS CHANNEL
Menyiarkan liputan berita berkualiti berita-berita terkini Malaysia

BERNAMA NEWS CHANNEL menawarkan liputan berita dinamik berita-berita penting, peristiwa-peristiwa kebangsaan dan temuramah ekslusif. Ia juga meliputi pelancaran produk dan menerbitkan dokumentari, persembahan video korporat dan pengiklanan. Siaran filem yang berkualiti boleh digunakan bagi saluran-saluran tempatan dan antarabangsa, saluran satelit dan platform multimedia seperti internet.

 

UXERA
Perkhidmatan di bawah UXERA yang juga anak syarikat BERNAMA

Produk dan Perkhidmatan
Bisnes utama UXERA ialah informasi, servis dan penyelenggaraan barangan dan perkakasan komputer dan kawalan penyelenggaraan secara menyeluruh. UXERA juga menyediakan servis dan penyelesaian rangkaian untuk memenuhi peningkatan kehendak dan perubahan di dalam industri teknologi maklumat.

   
   
       
 
 
 
 
 

 

2017 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution