BERNAMA › NEWS




Yakin Raih Tambahan Sokongan Pengundi Cina - Dr Hilmi


Last update: 14/02/2018

GEORGE TOWN, 14 Feb (Bernama) -- UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yakin akan meraih tambahan undi daripada pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pihaknya yakin akan mendapat sokongan daripada pengundi kaum itu berikutan sambutan menggalakkan yang diberi masyarakat Cina kepada parti itu.

"Mereka sudah beri peluang kepada pimpinan kerajaan negeri pimpinan DAP selama dua penggal, namun tiada apa pun. Saya tidak nampak apa yang kerajaan negeri buat untuk rakyat melainkan buat rumah kos tinggi di Pulau Pinang untuk rakyat luar Pulau Pinang dan rakyat asing.

"Buat rumah RM1 juta dan RM2 juta dalam kampung, rakyat memang tidak mampu nak beli. Jadi saya tidak melihat sebarang hasil positif yang dilakukan kerajaan negeri khususnya di Balik Pulau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ang pau kepada 40 golongan miskin di Sungai Ara di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga dilihat tidak mengawal aktiviti penebangan pokok dan penarahan bukit sehingga menyebabkan terjadinya tanah runtuh.....