BERNAMA › NEWS




BN Dan Najib Miliki Kelebihan Dalam PRU14 - Penganalisis


Last update: 14/02/2018

Oleh Azman Ujang

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Parti pemerintah Barisan Nasional dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jelas memiliki kelebihan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang, menurut dua penganalisis politik terkemuka negara.

Prof Madya Dr Jeniri Amir daripada Universiti Malaysia Sarawak berkata sentimen pengundi terhadap barisan pembangkang Pakatan Harapan, menurun sejak setahun kebelakangan ini, sementara krisis dalaman antara parti-parti komponennya, terutama dari segi pengagihan kerusi akan memburukkan lagi keadaan menjelang hampirnya PRU yang dijangka diadakan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Prof. Dr. Sivamurugan Pandian daripada Universiti Sains Malaysia berkata pakatan pembangkang yang dilihat semakin rapuh kini dengan PAS bertanding bersendirian kali ini berbanding sebuah pakatan yang lebih bersatu menentang BN dalam dua pilihan raya umum lepas, tidak akan ada pertandingan satu lawan satu di kebanyakan kawasan pilihan raya dan sentimen pengundi akan menghadiahkan kelebihan kepada BN.

"Dari satu segi, persepsi pengundi dan pendapat rakyat terhadap kerajaan semakin baik kerana komitmennya menyelesaikan masalah rakyat seperti perumahan, ekonomi, kos kehidupan dan peluang pekerjaan," kata DrJeniri.

"Saya amat percaya Najib akan menerajui BN dengan kemenangan yang selesa kali ini walaupun menghadapi serangan bertubi-tubi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang. Berbanding beberapa tahun sebelum ini, BN dan Najib kini berada pada kedudukan yang lebih kukuh untuk dipilih semula," katanya.....