BERNAMA › NEWS




MTEM: Keyakinan Rakyat Meningkat Pada Suku Pertama 2018


Last update: 14/02/2018

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Skor keyakinan rakyat terhadap ekonimi negara dijangka meningkat dalam tempoh tiga bulan pertama 2018, disokong oleh polisi dan urus tadbir ekonomi negara yang kukuh, kata Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini.

Menurut kajian yang dijalankan oleh MTEM dan KajiData Research Sdn Bhd mencadangkan bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan proaktif untuk terus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ekonomi melalui lima langkah drastik.

"Antaranya, memastikan lebih banyak peluang pekerjaan yang lebih lumayan," kata Ketua Pegawai Eksekutif MTEM Ahmad Yazid Othman kepada pemberita semasa membentangkan skor keyakinan ekonomi bagi suku keempat 2017.

Beliau berkata selain itu kerajaan disaran menetapkan satu piawaian untuk sektor pekerjaan terpilih seperti yang disyaratkan untuk peguam dan doktor.

"Ini, secara tidak langsung, akan meningkatkan kualiti, produktiviti dan pendapatan," kata Ahmad Yazid.....