BERNAMA › NEWS




Lelaki Melecur Anggota Badan Terperangkap Dalam Kebakaran


Last update: 14/02/2018


Anggota Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaran beberapa buah kilang di kawasan Perindustrian i-Park Mengelembu petang tadi. Seorang lelaki berumur 53 tahun melecur 85 peratus pada anggota badan selepas terperangkap dalam kilang yang terbakar. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

IPOH, 13 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki melecur 85 peratus pada anggota badannya setelah terperangkap dalam kebakaran di kilang petrokimia di kawasan perindustrian Bukit Merah, Pasir Puteh di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Mohamad Yunus Abu berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.34 petang.

Beliau berkata kebakaran itu dipercayai bermula di kilang petrokimia itu sebelum merebak ke lima kilang lain.

Katanya, seorang lelaki berumur 53 tahun yang sedang menyusun barang di kilang petrokimia terbabit terperangkap dalam kebakaran itu, namun berjaya diselamatkan.

"Tubuh mangsa melecur dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.....