BERNAMA › NEWS




THA72 Rangkul Kejuaraan Kali Kedua Kelas Racing Pada RLIR 2018


Last update: 13/01/2018

LANGKAWI, 13 Jan -- Pasukan THA72 dari Thailand merangkul kejuaraan buat kali kedua dalam kelas Racing pada edisi ke-16 Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2018 yang berakhir di sini, hari ini.

THA72 merupakan pasukan juara bertahan membuktikan kemampuannya untuk merangkul trofi Piala Cabaran Perdana Menteri dengan tujuh perlumbaan keseluruhan yang mengesahkan gelaran bagi menjuarai kategori itu.

Dengan memenangi dua perlumbaan pada hari terakhir RLIR 2018, THA72 bersama tiga lagi pasukan yang bersaing berjaya mengutip mata terendah keseluruhan (format enam perlumbaan terbaik) dengan enam mata.

Jurumudi pasukan itu, Kevin Whitcraft bersama bapanya Tom Whitcraft merasakan pencapaian yang diraihnya buat kali kedua dalam regatta kali ini sudah pasti tidak dapat dinafikan dengan perasaan gembira buat pasukannya.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan kali ini (2017-2018), kami sudah pun melakukan yang terbaik," katanya.....