BERNAMA › NEWS




Ikan Q-Fish Dijual Di Pasar Tani Kekang Kenaikan Harga


Last update: 13/01/2018


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (tiga, kiri) merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Negeri Selangor (MBS) hari ini. Turut hadir Presiden MBS merangkap Pengerusi LKIM Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (dua, kiri)

SHAH ALAM, 13 Jan (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan mengarahkan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) mengeluarkan 40 tan ikan sejuk beku (Q-Fish) untuk dijual di pasar tani seluruh negara bagi mengimbangi kenaikan harga ikan ketika ini.

Pengerusi LKIM Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata ikan itu akan dijual pada harga siling tidak melebihi RM10 sekilogram bagi ikan rakyat antaranya seperti ikan cencaru, pelaling dan kembung.

Katanya Nekmat juga diarah mengimport sebanyak 20 tan ikan rakyat dari Sri Lanka, Bangladesh dan Pakistan selain meneruskan penguatkuasaan larangan mengeksport ikan rakyat oleh syarikat tempatan sehingga akhir Februari ini.

"Fenomena monsun dan hujan lebat di utara semenanjung tanah air yang mengakibatkan laut bergelora dengan kuat kita jangka akan berterusan sehingga akhir Mac ini, berikutan itu jumlah pendaratan ikan berkurangan menyebabkan harga meningkat.

Selepas musim monsun ini berakhir bekalan dan pendaratan ikan dijangka akan kembali seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas perasmian Masyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Selangor di sini hari ini.....