BERNAMA › NEWS




Kontrak Hadapan Emas Dijangka Diniaga Lebih Rendah Minggu Depan


Last update: 13/01/2018

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan bercampur-campur kepada lebih rendah minggu depan berikutan kelembapan permintaan dan sentimen pasaran yang cergas.

Peniaga berkata, emas secara tradisinya digunakan sebagai aset selamat.

"Bagaimanapun, jangkaan yang Bursa Malaysia dan ringgit meneruskan kenaikan pada minggu akan datang, sudah pasti menjejaskan permintaan untuk pasaran hadapan emas tempatan," katanya.

Bursa Malaysia telah diniagakan melepasi paras 1,800 sejak 4 Januari 2018 dan trend meningkat itu dijangka berterusan minggu depan, katanya.

Bagi ringgit, unit tempatan itu telah jatuh di bawah paras psikologi 4.0 berbanding dolar US minggu lalu dan ia dijangka meningkat ke paras 3.95 berbanding dolar minggu depan.....