BERNAMA › NEWS




FOREX: Ringgit Diramal Naik Ke Paras 3.95 Berbanding Dolar AS Minggu Depan


Last update: 13/01/2018

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit diramal naik ke paras 3.95 berbanding dolar US minggu depan berikutan data perdagangan yang mantap yang dikeluarkan baru-baru ini ekoran pengukuhan harga minyak mentah dan kemerosotan mata wang AS.

Ketua Perdagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes berkata, data Indeks Pengeluaran Perindustrian yang lebih baik daripada dijangka yang dikeluarkan pada Khamis lepas, menonjolkan daya tahan ekonomi domestik.

"Ia memberi syarat kukuh untuk Bank Negara Malaysia menaikkan kadar faedah pada Januari," katanya kepada Bernama.

Innes berkata, pengukuhan harga minyak mentah yang bergerak melepasi US$69 (US$1=RM3.97) setong baru-baru ini akan membawa ringgit ke paras 3.95 berbanding dolar US, mungkin seawal minggu depan.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit meningkat berbanding dolar US kepada 3.9700/9730 daripada 3.9950/9000 pada minggu lepas.....