BERNAMA › NEWS




Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Tinggi


Last update: 13/01/2018

Oleh Mohd Khairi Idham Amran

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan tinggi minggu depan, disokong oleh jangkaan pasaran tunai yang kukuh, kata peniaga.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata FBM KLCI dijangka meningkat minggu depan susulan pertumbuhan ekonomi yang teguh, harga minyak dan ringgit yang lebih kukuh serta unjuran pendapatan korporat yang lebih baik.

"Pendapatan suku tahun ini dijangka lebih baik dari segi tahun ke tahun dan suku ke suku," katanya kepada Bernama.

Bagi minggu baru berakhir, pasaran niaga hadapan kebanyakannya tinggi sejajar dengan pasaran tunai.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, Januari 2018 menokok 4.5 mata kepada 1,828.5, Februari 2018 naik 5.5 mata kepada 1,828.5, Mac 2018 menambah 8.5 mata kepada 1,827.5 dan Jun 2018 meningkat 7.5 mata kepada 1,824.5.....