BERNAMA › NEWS




Kontrak Hadapan KLIBOR Kekal Lengang Minggu Depan


Last update: 13/01/2018

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) di Bursa Malaysia Derivatif diramal kekal lengang minggu depan disebabkan ketiadaan pemangkin pasaran.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, Januari 2018, Februari 2018, Mac 2018 dan Jun 2018 masing-masing ditambat pada 96.50, 96.48, 96.45 dan 96.40.

Pendasar tiga bulan KLIBOR di pasaran tunai kekal pada 3.43 peratus.

-- BERNAMA

.
.....