BERNAMA › NEWS




Drink Spiking: Tidak Perlu Untuk Kedutaan AS Keluarkan Nasihat Perjalanan


Last update: 13/01/2018

JOHOR BAHRU, 13 Jan (Bernama) -- Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed mengkiritik tindakan singkat Kedutaan Amerika Syarikat yang mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyatnya agar tidak mengunjungi sebuah kelab malam di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata tindakan itu seolah-olah mahu memberikan imej negatif kepada Malaysia selain menggambarkan kesemua kelab malam di negara ini adalah sama.

"Tidak perlulah keluarkan travel advisory (nasihat perjalanan). Maklum saja dengan polis, pihak polis boleh mengambil tindakan sekiranya terdapat aduan. Apa-apa maklumat seperti ini adalah negatif kepada imej negara dan sebenarnya boleh mengambarkan semua kelab di KL dan Malaysia mengamalkan perkara yang sama

"Bagaimanapun, saya akan mengarahkan polis untuk meneliti semula perkara ini dan memulakan penyiasatan sekiranya terdapat aduan daripada mereka yang menjadi mangsa. Kadang-kadang mangsa kejadian tidak membuat laporan tetapi menyatakannya dalam sosial media dan sebagainya.

"Mungkin ini antara sebab mengapa Kedutaan Amerika mengambil berat mengenai kes ini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis ulang tahun pertama penubuhan Everday Sports Futsal Centre di sini, hari ini.

Beliau mengulas nasihat perjalanan yang dikeluarkan Kedutaan Amerika Syarikat semalam yang menggesa rakyatnya agar tidak mengunjungi The Beach Club di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur berikutan terdapatnya kes 'coordinated drink spiking' di premis itu yang menyasarkan para pengunjung asing.....