BERNAMA › NEWS




Isu Bau Busuk Akibat Ternakan Ayam Di Pajam Selesai - Penduduk


Last update: 13/01/2018

SEREMBAN, 13 Jan (Bernama) -- Penduduk di Taman Mulia Pajam, Mantin, dekat sini menarik nafas lega apabila udara busuk yang dihidu mereka akibat ternakan ayam daripada sebuah ladang berhampiran kawasan kediaman mereka sejak 2005, selesai.

Pengerusi Persatuan Pemilik Taman Mulia Lagenda Suria Datuk Ahmad Ridzuan Ibrahim berkata isu ini dapat diselesaikan setelah wakil penduduk bersama dengan pihak berkuasa tempatan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membendung masalah tersebut.

"Kami telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Nilai, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Kesihatan bagi mengadakan satu perbincangan secara terbuka bersama dengan pengusaha ladang tersebut," katanya.

Beliau berkata usaha ini telah dilakukan sejak 2015 lagi dan akhirnya pengusaha ladang itu telah mengambil keputusan untuk menggunakan satu sistem atau teknologi baru dari Taiwan bagi mengelakkan masalah bau busuk berkenaan.

"Hasilnya masalah bau busuk ini telah dapat kita kurangkan hampir 90 peratus," katanya dalam sidang media Program P4K (Kesihatan, Keselamatan, Kesejahteraan Komuniti) Taman Mulia di sini, hari ini.....