BERNAMA › NEWS




Lima Lagi Individu Ditahan Berhubung Kehilangan Kabel TM


Last update: 13/01/2018

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes kehilangan kabel milik Telekom Malaysia (TM) sejak dua tahun lepas.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia 23 hingga 42 tahun itu ditahan antara 8 hingga 10 malam di pejabat SPRM Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, seorang daripada suspek merupakan juruteknik TM dan ditahan di ibu negara selepas disyaki bersubahat dengan kontraktor TM dengan mengemukakan 55 dokumen 'Maintenance Order' yang mengandungi butiran palsu yang tidak wujud.

"Dokumen palsu itu bertujuan mengeluarkan kabel dari stor TM,"kata sumber itu.

Selain itu, sumber tersebut berkata empat lagi suspek yang ditahan di Negeri Sembilan dipercayai bersubahat dengan kakitangan TM dalam pengeluaran kabel dari stor TM untuk dijual kepada sindiket.....