BERNAMA › NEWS




Pengkorporatan Kastam Ditangguh, Kata Subromaniam


Last update: 13/01/2018

SINTOK, 13 Jan (Bernama) -- Pengkorporatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang dijadual dilaksana bulan ini telah ditangguhkan bagi memberi ruang kepada jabatan itu menjalankan kajian lebih terperinci berhubung langkah tersebut.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromaniam berkata, pihaknya dalam proses melawat beberapa negara seperti Australia, Afrika Selatan, Singapura dan United Kingdom bagi melihat bagaimana kastam di negara tersebut menguruskan organisasi mereka.

"Bergantung kepada kajian yang kita buat, pihak pengurusan tertinggi akan pergi ke beberapa negara untuk melihat model mereka kemudian kita akan sediakan kertas Kabinet.

"Jadi belum ada keputusan... kita akan kaji kemungkinan pengkorporatan ini, sebab kita tidak boleh terburu-buru buat sesuatu perubahan... jadi terpulang kepada kerajaan (untuk menilai) selepas kita buat laporan itu,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penganugerahan Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan (DEPP) Kali Ke-12 di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, hari ini.....