BERNAMA › NEWS




Bursa Malaysia Tinggi Dalam Dagangan Awal


Last update: 08/12/2017

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan minat baharu belian, selari dengan pengukuhan semalaman di Wall Street.

Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.02 mata atau 0.18 peratus kepada 1,722.07 berbanding 1,719.05 pada penutupan Khamis.

Indeks dibuka 2.23 mata lebih tinggi kepada 1,721.28.

Kedudukan pasaran juga posiitif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 127 berbanding 83 manakala 155 kaunter tidak berubah, 1,498 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 92.45 juta saham bernilai RM55.96 juta.....