BERNAMA › NEWS




Prestasi Gavin Merosot Selepas Aksi Diteruskan Akibat Hujan


Last update: 13/10/2017

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Gavin Kyle Green yang baru dinobatkan juara kejohanan golf Mercuries Taiwan Masters, ternyata tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas tamat pusingan kedua Klasik CIMB 2017, apabila menamatkan cabaran dengan berkongsi kedudukan ke-55, setelah melakukan keseluruhan par 144.

Gavin bermula baik pada sembilan lubang pertama dalam kejohanan berlangsung di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara, itu apabila mencatat dua birdie di lubang kelima dan kelapan, namun prestasinya merosot selepas permainan dihentikan hampir empat jam berikutan hujan dan petir.

"Sangat mengecewakan. Saya gagal melakukan pukulan yang baik, dan tidak boleh berbuat apa. Saya membuat pukulan yang sempurna, namun penyudahnya tidak baik.

"Saya merasakan keadaan lapangan golf sedikit berubah selepas hujan, dari segi kelajuan serta bola berhenti sehingga menjejaskan permainan kami sedangkan beberapa hari lepas, keadaan padang cukup bagus," katanya kepada pemberita hari ini.

Selepas menamatkan cabaran pusingan kedua hari ini, Gavin berkongsi berada di kedudukan ke-55 dengan lima pemain lain termasuk juara Jelajah PGA Barbasol 2015, pemain Amerika Syarikat Scott Piercy dan juara Jelajah PGA Barracuda 2017 Chris Stroud, juga dari Amerika Syarikat.....