BERNAMA › NEWS




Musim Hujan Tidak Jejas Bekalan Keperluan Untuk Perayaan Di Perak


Last update: 13/10/2017

SUNGAI SIPUT, 13 Okt (Bernama) -- Barangan keperluan basah sentiasa mencukupi dan keperluan makanan lain untuk Deepavali tetap ada di Perak walaupun kini musim hujan, kata anggota Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil negeri Datuk Samsudin Abu Hassan.

Tidak payahlah membeli barang makanan melebihi keperluan biasa bagi mengelak kehabisan bekalan dan menyebabkan pembelian panik, katanya.

Beliau berkata KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) sentiasa memantau dan mempunyai strategi untuk memastikan bekalan makanan mencukupi.

Samsudin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Perayaan sempena sambutan Deepavali peringkat negeri dan penyampaian sumbangan Deepavali kepada 50 penerima di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata KPDNKK Perak merekodkan sebanyak 889 kesalahan membabitkan harga dan dagangan di bawah pelbagai akta bagi tempoh Januari hingga semalam.....