BERNAMA › NEWS




Polis Tahan Wan Ji Di Seberang Jaya


Last update: 13/10/2017

GEORGE TOWN, 13 Okt (Bernama) -- Polis hari ini menahan pegawai penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Wan Ji Wan Hussin bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis terhadap lelaki itu yang dikatakan menghina sultan.

Wan Ji yang juga penceramah bebas dan aktivis Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan selepas solat Jumaat kira-kira 2.40 petang di perkarangan Masjid Sembilang di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghyee Lye ketika dihubungi mengesahkan penahanan Wan Ji dan lelaki itu telah dibawa ke Bukit Aman.

"Wan Ji disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya.

Baru-baru ini, Jawatankuasa Surau Mohd Al-Fateh di Taman Pauh Jaya membuat laporan polis terhadap Wan Ji yang didakwa menghina institusi diraja dan kesultanan negara menerusi ceramahnya.....