BERNAMA › NEWS




KPDNKK N.Sembilan Keluar 33 Notis Kepada Peniaga Dan Pengusaha


Last update: 13/10/2017

SEREMBAN, 13 Okt (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan telah mengeluarkan sebanyak 33 notis kepada peniaga dan pengusaha di negeri ini.

Pengarah KPDNKK Negeri, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata notis yang dikeluarkan dari Januari hingga bulan ini bertujuan meminta peniaga mengemukakan maklumat dan rekod urusan perniagaan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan dan Antipencatutan 2011.

"Daripada jumlah tersebut sebanyak 16 notis adalah kepada peniaga ayam dan kambing.

"Ianya berikutan tindakan penguatkuasaan yang diambil susulan berlaku trend harga ayam dan kambing yang menunjukkan kenaikan setiap kali musim perayaan sebelum harga gazet Skim Kawalan Harga Musim Perayaan diumumkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali di sini hari ini, yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Abu Ubaidah Redza.....