BERNAMA › NEWS




MATRADE Sasar Nilai Eksport RM40 Bilion Produk Gaya Hidup Tahun Ini


Last update: 13/10/2017

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan nilai eksport produk gaya hidup tahun ini melepasi RM40 bilion yang direkodkan tahun lepas.

Pengarah Bahagian Gaya Hidup MATRADE Abu Bakar Yusof berkata trend pengeksportan produk tersebut sepanjang lapan bulan pertama tahun ini mencatatkan peningkatan lima hingga 10 peratus iaitu hampir RM26 bilion, dan yakin mampu melepasi pendapatan tahun lepas.

"Produk tekstil, fesyen dan aksesori merupakan produk paling banyak menyumbang kepada industri gaya hidup, dengan menyumbang kira-kira RM14 bilion daripada keseluruhan pulangan tahun lepas.

"Pasaran utama bagi kesemua produk ini ialah Amerika Syarikat, Australia, Jepun, dan negara di Asia dan Timur Tengah," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kerjasama antara syarikat Malaysia Biji Biji Ethical Fashion (Biji-biji) dan syarikat Jepun Nakakoma Orimono di Publika, di sinihari ini.

Kerjasama tersebut bersempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Malaysia dan Jepun, disokong oleh MATRADE.....