BERNAMA › NEWS




Langkah Kurangkan Beban Murid Ke Sekolah Akan Diambil


Last update: 13/10/2017

KOTA SAMARAHAN, 13 Okt (Bernama) -- Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak akan mencari kaedah terbaik untuk mengurangkan bebanan murid yang terpaksa membawa buku kerja dan latihan yang berat ke sekolah.

Menterinya Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata perkara tersebut perlu diperhalusi memandangkan apa yang berlaku ketika ini yang mana pelajar membawa bebanan yang terlalu berat adalah tidak begitu tepat.

"Kita akan kurangkan jumlah tersebut (buku kerja dan latihan) yang terpaksa dibawa? Antara sistem pendidikan terbaik di dunia ialah Finland kerana pelajarnya hanya menduduki peperiksaan pada usia 16 tahun, mereka tidak mempunyai kerja sekolah, apa maknanya? Mereka tidak membawa sebarang buku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup Persidangan Antarabangsa mengenai Penerbitan Buku Borneo 2017 di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini hari ini.

Manyin berkata beliau turut bersetuju dengan teguran dibuat Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam supaya jangan membebani pelajar dengan buku kerja dan latihan kerana buku teks yang disediakan Kementerian Pendidikan untuk pembelajaran murid sudah memadai.....