BERNAMA › NEWS




Asid Tumpah, 13 Murid Sekolah Rendah Di Jepun Dimasukkan Hospital


Last update: 13/10/2017

TOKYO, 13 Okt (Bernama) -- Seramai 13 murid sekolah rendah dimasukkan ke hospital selepas terkena tumpahan asid hidroklorik ketika menjalankan ujikaji sains di sebuah sekolah di Fukuoka, barat daya Jepun, lapor agensi berita China Xinhua pada Jumaat memetik sumber media tempatan.

Menurut jabatan pendidikan tempatan, murid tahun enam berkenaan mengadu sakit mata dan kepala.

Kejadian berlaku pada pukul 11.20 pagi waktu tempatan, apabila seorang daripada murid Sekolah Rendah Nagazumi di Minami Ward, Fukuoka, tidak sengaja menumpahkan kira-kira tiga mililiter asid hidroklorik.

-- BERNAMA.
.....