BERNAMA › NEWS




Nilai Jualan Borong, Runcit Naik Kepada 97.7 Bilion Pada Ogos


Last update: 13/10/2017

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Nilai jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat sebanyak 9.8 peratus kepada RM97.7 bilion pada Ogos 2017 berbanding tempoh sama pada 2016.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Perangkaan Malaysia berkata nilai jualan perdagangan borong adalah RM47.4 bilion, jualan runcit (RM38.0 bilion) dan kenderaan bermotor (RM12.3 billion).

Menurutnya, pertumbuhan positif itu disumbangkan oleh perdagangan runcit (13.4 peratus).

Indeks volum perdagangan borong dan runcit meningkat 7.9 peratus kepada 158.3 mata pada Ogos 2017 berbanding bulan Ogos 2016, disokong oleh peningkatan perdagangan runcit.

"Perdagangan runcit meningkat sebanyak 11.9 peratus manakala indeks volum pelarasan bermusim perdagangan borong dan runcit meningkat 1.2 peratus berbanding bulan sebelumnya," katanya.....