BERNAMA › NEWS




Rompak: Penghantar Surat Dipenjara Lapan Tahun, Dua Sebatan


Last update: 13/10/2017

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Seorang penghantar surat dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah merompak seorang wanita sehingga mangsa mengalami trauma dan ketakutan selepas kejadian itu.

Hakim Shamsudin Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Noorhisham Saifful Mohd, 25, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap lelaki itu selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan ke atas seorang pengawal keselamatan warganegara India dan memerintahkan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman penjara itu serentak bermula hari ini.

Bagi pertuduhan pertama, Noorhisham bersama seorang yang masih bebas didakwa merompak beg tangan milik penjual jubin, Kee Siok Kuen, 38, di hadapan sebuah rumah, di Taman Sejahtera, di sini pada 7.15 malam, 1 Dis tahun lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.....