BERNAMA › NEWS




MATTA Mahu Bajet 2018 Sediakan Faedah, Dana Galakkan Industri Pelancongan


Last update: 13/10/2017

GEORGE TOWN, 13 Okt (Bernama) -- Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) berharap Bajet 2018 akan terus menyediakan insentif dan dana untuk menggalakkan industri pelancongan.

Presiden, Datuk Tan Kok Liang berkata antara harapan MATTA bagi Bajet 2018 adalah supaya kerajaan melanjutkan faedah kepada pengusaha pelancongan dalam negara sehingga 2020 selain melonggarkan syarat bertujuan untuk membantu syarikat kecil atau baharu.

Beliau berkata pengusaha pelancongan yang mengendalikan lebih 750 pelancong asing dan 1,500 pengunjung domestik sewajarnya diberikan insentif cukai.

"Kami juga perlu mencari dana untuk menambah kapasiti dalam sektor pelancongan, daripada latihan perintis hingga kepada melatih semula dan peningkatan kemahiran pengamal industri ini," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan alu-aluan di pembukaan Pameran MATTA Pulau Pinang 2017 yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di sini.....