BERNAMA › NEWS




Mangsa Ketiga Tragedi Air Terjun Di Langkawi Ditemukan


Last update: 13/10/2017

LANGKAWI, 13 Okt (Bernama) -- Mayat ketiga, mangsa lemas tragedi air terjun Kampung Buku, Lubuk Semilang di sini semalam, ditemukan pagi ini.

Mangsa ketiga dikenali sebagai Anis Satirah Saad, 12, yang ditemukan pada 11.45 pagi ini, berdekatan Kampung Tanjung, Ulu Melaka, kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba Langkawi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hisyam Ibrahim berkata sebelum ini mangsa pertama Qistina Puteri Wira, 12, ditemukan kira-kira 6 petang semalam sementara mangsa kedua, Nur Iman Waheeda Mohd Basri, 11 ditemukan 12.40 tengah malam tadi.

Usaha mencari seorang lagi mangsa yang hilang, Siti Aisyah Kassim, 5, masih diteruskan dengan kawasan pencarian melingkungi 10 kilometer dari sekitar lokasi kejadian.

Keempat-empat mangsa dilaporkan bersama anggota keluarga masing-masing sedang mandi-manda di kawasan air terjun itu kira-kira 4.30 petang semalam, sebelum hilang dihanyutkan arus deras yang berlaku secara tiba-tiba ekoran limpahan kepala air.....