DUNIA › UTAMA

NEW DELHI, 30 Mac (Bernama) -- Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India yang baharu dilantik Datuk Hidayat Abdul Hamid menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden India Pranab Mukherjee.


BAGHDAD, 30 Mac (Bernama) -- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres tiba di sini pada Khamis bagi mengadakan lawatan rasmi serta pertemuan dengan pegawai tertinggi Iraq, menurut seorang pegawai menteri luar lapor agensi berita China Xinhua.


BAGHDAD, 30 Mac (Bernama) -- Seramai 13 orang terbunuh dan 24 cedera apabila pengebom bunuh diri meletupkan trak yang sarat dengan bom mensasarkan pos pemeriksaan polis di selatan Baghdad, Iraq, menurut sumber Kementerian Dalam Negeri lapor agensi berita China Xinhua.


DHAKA, 30 (Bernama) -- Jumlah kematian akibat kejadian bot karam pada Selasa di daerah tengah Bangladesh meningkat kepada 10 orang selepas lima lagi mayat ditemukan, lapor agensi berita China Xinhua.


YANGON, 30 Mac (Bernama) -- Pihak berkuasa Myanmar akan menempatkan seramai 8,000 anggota keselamatan menjelang sambutan perayaan festival air Thingyan di Yangon, memetik laporan agansi berita Myanmar.


BEIJING, 30 Mac (Bernama) -- Laman web rasmi bagi permohonan pengambilan petugas dari seluruh dunia untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 yang dilancarkan pada 20 Mac, dilayari lebih 300,000 pengunjung dari 112 buah negara dan wilayah serta setakat ini menerima sejumlah 2,800 permohonan bagi mengisi kekosongan dalam jawatankuasa penganjur.