DUNIA › BERITA





Kerajaan Vietnam Perketat Import Kereta Diplomatik


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

HANOI, 9 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Vuong Dinh Hue, telah mengarahkan beberapa kementerian memperketat pengurusan kereta import sementara individu yang menikmati keistimewaan dan pengecualian cukai, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Arahan itu telah dihantar kepada Kementerian Hal Ehwal Luar, Kementerian Keselamatan Awam dan Kementerian Pengangkutan.

Hue mengarahkan kementerian terbabit untuk menghukum mereka yang menggunakan keistimewaan itu untuk mengimport kereta bagi tujuan komersial dan mencadangkan pindaan kepada peraturan untuk mempertingkat pengurusan serta pematuhan dengan keperluan sebenar. Beribu-ribu kereta diimport setiap tahun di bawah keistimewaan dan pengecualian oleh kedutaan, misi diplomatik asing, agensi antarabangsa atau organisasi yang beroperasi di Vietnam.

Kenderaan yang diimport di bawah keistimewaan dan pengecualian disediakan dengan plat nombor asing serta dikecualikan daripada cukai dan fi, kata Jabatan Am Kastam.

Ketiga-tiga kumpulan yang dibenarkan mengimport automobil sementara tanpa sebarang bayaran ialah misi diplomatik, pejabat konsul dan wakil agensi organisasi antarabangsa di Vietnam.....