DUNIA › BERITA





Bekas Ketua Perisik Korea Selatan Disoal Siasat Berhubung Dana NIS


Tarikh kemaskini: 08/02/2018

SEOUL, 8 Feb (Bernama) -- Seorang bekas ketua Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) telah disoal siasat oleh pendakwa pada Khamis berhubung pembabitannya dalam peruntukan haram dana agensi perisik kepada kerajaan bekas Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak.

Kim Sung-ho, seorang bekas pendakwa kanan yang kemudian mengetuai NIS dari 2008 hingga 2009, hadir di Pejabat Pendakwa Daerah Seoul Tengah pada kira-kira 10 pagi, lapor agensi berita Yonhap.

Dia disyaki terlibat dalam tindakan NIS menawarkan beratus-ratus juta won kepada pejabat presiden, Cheong Wa Dae (Rumah Biru) pada April 2008.

Pendakwa percaya pejabat presiden telah membelanjakan wang tersebut bagi menjalankan tinjauan pendapat mengenai calon pilihan raya umum dari blok konservatif yang memerintah ketika itu.

"Saya tidak pernah terlibat dalam penyalahgunaan dana NIS," katanya kepada pemberita.....