DUNIA › BERITA





Timbalan Dan Pengetua Sekolah Di Kenya Perlu Ada Sarjana


Tarikh kemaskini: 07/12/2017

NAIROBI, 7 Dis (BERNAMA-NNN-KBC) -- Suruhanjaya Perkhidmatan Guru (TSC) Kenya, menetapkan pengetua dan timbalan pengetua sekolah menengah (tinggi) perlu mempunyai kelulusan Sarjana dalam pendidikan manakala guru dan pembantu guru pula berkelulusan Ijazah Sarjana Muda.

Ketua Pegawai Eksekutif TSC, Nancy Macharia berkata di sini, Rabu, pengetua sekolah rendah, menengah dan kolej juga tidak dibenarkan berkhidmat dalam satu institusi lebih dari sembilan tahun sementara timbalan tidak lebih enam tahun.

TSC juga melarang pensetempatan guru untuk mengelakkan konflik kepentingan.

Pada Isnin, Setiausaha Kabinet Pendidikan (Menteri) Fred Matiang'i memutuskan lembaga sekolah rendah dan menengah akan digabungkan dengan mempunyai satu pengetua dan dua timbalan.

"Langkah itu akan lebih memberikan sinergi dan melicinkan lagi penggunaan sumber serta kemudahan infrastruktur," katanya.....