DUNIA › BERITA





Iktiraf Baitulmuqaddis, Rosakkan Segala Usaha Damai - Presiden Palestin


Tarikh kemaskini: 07/12/2017

RAMALLAH (Palestin), 7 Dis (Bernama) -- Pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel telah merosakkan segala usaha pelbagai pihak bagi mencapai keamanan di Palestin, kata Presiden Palestin Mahmoud Abbas memetik agensi berita rasmi Palestin (WAFA).

Menurut Abbas, pengiktirafan itu menunjukkan Trump sengaja memilih untuk melanggar undang-undang dan perjanjian antarabangsa serta tidak mempedulikan amaran dan ancaman pelbagai negara dalam isu berkenaan.

"Keputusan tersebut adalah hadiah untuk Israel bagi menafikan perjanjian dan menentang legitimasi antarabangsa."

"Tindakan itu juga menyokong penempatan haram Israel dan pembersihan etnik dengan tujuan mengusir Palestin dari tanah air mereka," katanya mengulas keputusan Trump.

Abbas berkata, pengumuman itu turut menafikan peranan yang dimainkan oleh AS sejak beberapa dekad lalu dalam proses damai antara Palestin dan Israel.

"Kami dalam proses menggesa majlis pusat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO mengadakan sidang tergempar bersama pelbagai pihak dalam menentukan status Palestin", katanya.....