DUNIA › BERITA





Bapa Maafkan Wanita Yang Sebabkan Anaknya Terbunuh


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

SYDNEY, 10 Nov (Bernama) -- Bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki yang maut, selepas sebuah kereta dipandu wanita merempuh bangunan sekolah di Sydney, berkata beliau telah memaafkan pemandu terbabit, lapor agensi berita China Xinhua.

Jihad Darwiche, berusia lapan tahun dan rakan baiknya meninggal dunia, selepas kenderaan Utiliti Sukan (SUV), merempuh bilik darjah di sebuah sekolah di pinggir bandar, barat Sydney pada Selasa.

Maha Al-Shennag, 52, yang anaknya juga bersekolah di sekolah yang sama dengan mangsa, didakwa kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Pihak berkuasa percaya kemalangan tiada kaitan dengan pengambilan dadah atau alkohol.

Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial pada Jumaat, bapa Jihad berkata, beliau memaafkan Al-Shennag dan mempelawanya untuk "makan bersama dengan keluarganya"

Video itu dirakamkan ketika dalam perjalanan ke upacara pengkebumian pada Khamis.....