DUNIA › BERITA





Xi, Trump Tekad Pastikan Semenanjung Korea Bebas Nuklear


Tarikh kemaskini: 09/11/2017

BEIJING, 9 Nov (Bernama) -- Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatannya, Donald Trump pada Khamis nekad untuk mempastikan Semenanjung Korea yang bebas nuklear dan menyelesaikan isu nuklear melalui dialog serta rundingan, lapor agensi berita Xinhua.

"Mengenai isu nuklear, kami berazam untuk mempastikan Semenanjung Korea bebas nuklear dan mengekalkan rejim pengawalan senjata nuklear antarabangsa," kata Xi pada sidang media bersama dengan Trump.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan di Great Hall of the People di sini.

Di samping itu, China dan Amerika Syarikat akan terus melaksanakan sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Xi berkata, kedua-dua negara juga bersedia bekerjasama dengan pihak lain untuk meneroka kaedah mewujudkan keamanan dan ketenteraman yang berterusan di Timur Laut Asia di samping mengekalkan komunikasi serta kerjasama berhubung isu tersebut.....